Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada sekatan bagi pemimpin komuniti hadiri majlis-majlis rasmi menteri persekutuan - Uggah


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





KUCHING, 9 Mei (Bernama) -- Tidak ada sekatan dikenakan bagi semua pemimpin komuniti menghadiri sebarang majlis rasmi Kementerian Persekutuan di Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Katanya para pemimpin komuniti boleh menyertai program atau majlis berkenaan, selagi ia dirasmikan oleh Menteri Persekutuan atau timbalannya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, sebagai menjawab soalan David Wong Kee Woan (PH-Pelawan) yang sebelum ini bertanya mengenai hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Hak Adat, dan Pembangunan Wilayah juga berkata kerajaan sedang dalam proses melantik perunding untuk menjalankan kajian yang akan meliputi pelbagai aspek Mahkamah Anak Negeri.

“Hasil kajian itu akan menjadi pelan tindakan kearah penstrukturan semula dan pembaharuan Mahkamah Anak Negeri Sarawak ketika ini, terutama dari segi struktur organisasi dan tenaga kerja, kuasa istimewa dan bidang kuasa yang berkaitan dengan tanah hak adat, undang-undang dan adat resam.

Sementara itu, menyentuh isu keselamatan negeri, beliau berkata bagi memantapkan lagi kawalan pintu masuk Sarawak, pembinaan Pos Kawalan Imigresen Ba’kelalan dan Lawas telah dimulakan pada 31 Mei 2017, dan ia dijangka siap pada Julai ini, dengan kemajuan setakat ini 78.33 peratus.

“Selain itu, Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara Negeri sedang mengenal pasti tapak yang strategik untuk pembinaan Pos Kawalan Imigresen di Telok Melano dan Lundu.

“Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM juga menambah 50 peratus keanggotaan yang bertugas di sepanjang Pos Kawalan Keselamatan Teluk Melano,” katanya.

Mengulas lanjut, Uggah berkata pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Lundu melakukan rondaan dan pemeriksaan mengejut setiap hari di sepanjang Lebuhraya Pan-Borneo sejak ia di buka dengan rasminya di kawasan berkenaan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel