Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Tenaga Kerja Perak perlu aktif turun padang selesai masalah


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





TELUK INTAN, 9 Mei (Bernama) --  Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di negeri ini diminta aktif untuk turun padang setiap kali menerima laporan daripada syarikat yang mengalami masalah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia A. Sivanesan berkata tindakan tersebut perlu dilakukan bagi membantu menyelesaikan pelbagai permasalahan terutama melibatkan hak pekerja dan wang pampasan sekiranya sesebuah syarikat itu mengalami masalah.

“Pihak syarikat harus memaklumkan pada JTK di daerah masing-masing dan pihak JTK harus mengadakan mesyuarat perbincangan dengan syarikat dan pekerja lebih awal.

“Jadi kalau awal tindakan diambil, pekerja boleh dapat sekurang-kurangnya kalau (syarikat) tutup, (pekerja) boleh dapat pampasan mereka di bawah Peraturan 6 Akta Kerja 1955,” katanya.

Beliau berkata demikan dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di kilang Central Medical Sdn Bhd di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai laporan akhbar tempatan mengenai isu wang pampasan dan gaji lebih 30 pekerja termasuk pekerja warga asing yang telah diberhentikan oleh sebuah kilang di Ayer Tawar, Sivanesan berkata beliau sendiri akan turun padang untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sivanesan berkata beliau akan melawat kilang tersebut dalam masa terdekat untuk mengadakan perbincangan bersama pihak syarikat dan juga pekerja.

“Beberapa kes termasuk sebuah kilang di Kantan, Chemor dan Sungai Siput telah diselesaikan melalui perbincangan dan dengan perbincangan yang dipengerusikan saya, beberapa perkara akan selesai (mengenai isu kilang di Beruas),” katanya.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan pekerja sebuah kilang pemprosesan sarung tangan di Jalan Beruas, Ayer Tawar mendakwa pihak pengurusan lama, masih belum melunaskan bayaran wang pampasan dan gaji ganti notis, membabitkan 42 pekerja selepas kilang itu ditutup pada November lalu. 

Lebih malang, kilang berkenaan di bawah pentadbiran pihak pengurusan baharu pula ditutup sejak dua minggu lalu, tanpa sebarang notis dan gagal membayar gaji pekerja sejak Februari membabitkan 30 kakitangan termasuk pekerja warga asing.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel