Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pokok di kawasan hutan bakau simpan di Sarikei ditebang


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





SARIKEI, 9 Mei (Bernama) -- Kegiatan menebang pokok bakau secara haram telah dikesan di dua kawasan hutan bakau simpan di perairan Bahagian Sarikei di sini semalam.

Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarikei yang melakukan rondaan bersama pihak Jabatan Hutan Sarikei dari pukul 8 pagi hingga 6 petang semalam mengesan kegiatan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu di kawasan hutan bakau Sungai Lobak Batu dan Sungai Kerapu, Batang Selalang.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat longgokan 500 batang kayu bakau pelbagai saiz di lokasi pertama dan longgokan 600 batang kayu bakau pelbagai saiz di lokasi kedua.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak ACP Salehuddin Mat Zaman berkata dalam satu kenyataan di sini bahawa anggaran nilai kesemua kayu bakau itu adalah RM385,000.

“Kesemua kayu bakau tersebut dirampas serta kes diserah kepada pihak Jabatan Perhutanan Sarikei untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat bagi kedua-dua kes itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel