Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP Sabah keluarkan 61 amaran kepada peniaga Bazar Ramadan


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





KOTA KINABALU, 9 Mei (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah telah mengeluarkan sebanyak 61 amaran kepada peniaga bazar Ramadan kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pengarahnya Georgie Abas berkata amaran berkenaan dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan di 62 bazar Ramadan di seluruh Sabah sejak Isnin lepas sehingga hari ini.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah di bawah Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972 dan kesalahan dibawa Seksyen 18 Akta Prihal Dagangan 2011,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan bazar Ramadan berkenaan akan diteruskan sehingga 4 Jun depan dan seramai 194 anggota KPDNHEP akan menjalankan pemeriksaan di seluruh Sabah.

“Pematuhan penandaan harga oleh peniaga bazaar Ramadan adalah diwajibkan. Oleh itu peniaga harus meletakkan label atau tag harga pada barangan,”katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel