Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah rekod lebih 2,396 kebakaran terbuka sejak Januari


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





KOTA KINABALU, 9 Mei (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah merekodkan sebanyak 2,396 kebakaran terbuka sepanjang Januari hingga semalam.

Menurut kenyataan jabatan itu hari ini, kes kebakaran terbuka pada Mac mencatat rekod tertinggi iaitu sebanyak 979 kes, diikuti  April (557) dan  Februari (537 kes).

Tuaran adalah antara daerah di Sabah merekodkan kes kebakaran terbuka paling tinggi sepanjang tempoh berkenaan iaitu sebanyak 391 kes, diikuti Kota Kinabalu (242 kes),  Kota Belud (184), Penampang (183), Keningau (173), Papar (162) dan Sandakan (149).

Menurut jabatan itu, kes kebakaran terbuka di kawasan belukar mencatat rekod tertinggi iaitu sebanyak 1,266  kes, diikuti kebakaran hutan (807 kes), dan kebakaran kebun sebanyak 150 kes.

Jabatan itu menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka ekoran cuaca panas yang menyebabkan api cepat merebak.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel