Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Beberapa perkara dikenal pasti agar pelaksanaan sistem perniagaan tukar barang berjalan lancar - Shafie


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





SANDAKAN, 9 Mei (Bernama) -- Beberapa perkara telah dikenal pasti untuk memastikan pelaksanaan sistem perniagaan tukar barang (barter trade) antara tiga negara iaitu Sabah, Filipina dan Indonesia berjalan lancar, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata antara perkara itu termasuklah syarat-syarat yang dipersetujui antara tiga negara berkenaan iaitu jenis barangan yang boleh didagangkan dan jenis kapal yang digunakan yang memerlukan penelitian menyeluruh untuk mengelak kapal tersebut membawa muatan yang tidak sepatutnya.

“Bukan kita tidak mahu ekonomi, kita mahu ekonomi tetapi kita mahu susun atur yang rapi dengan pendekatan penelitian kerana sistem perniagaan itu bukan dibuat untuk jangka masa pendek.

“Ini merupakan antara inisiatif untuk meningkatkan ekonomi di Sandakan dan saya yakin dapat melahirkan ramai usahawan untuk maju sebagai pedagang,” katanya ketika ditemui selepas program bertemu rakyat di Pulau Berhala, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata Pulau Berhala merupakan antara kawasan di Sabah yang memerlukan perhatian dan kerajaan negeri akan berusaha untuk memberikan bantuan khususnya keperluan asas kepada penduduk di pulau itu.

Katanya ia bukan sahaja perlu mendapat perhatian daripada kerajaan negeri tetapi juga kerajaan Persekutuan dari segi bekalan elektrik, sekolah dan lain-lain.

“Kita perlu mengingati mereka, bukan hanya menunaikan tanggungjawab sebagai pemerintah dan wakil rakyat tetapi juga perlu memainkan peranan untuk membantu rakyat tidak kira di mana, bangsa dan kaum.

“Apa yang penting mereka adalah rakyat Sabah yang memerlukan bimbingan dan bantuan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel