8AgRGG8Truc Pulau Berhala satu-satunya pulau terdapat dalam Parlimen Sandakan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pulau Berhala satu-satunya pulau terdapat dalam Parlimen Sandakan


Tarikh kemaskini: 09/05/2019




SANDAKAN, 8 Mei (BERNAMA) -- Pulau Berhala yang jaraknya 45 minit dari Bandar Sandakan dengan menaiki bot merupakan satu-satunya pulau yang terdapat di Parlimen Sandakan dengan penduduknya bekerja sebagai nelayan.
 
Pulau ini asalnya tiada penghuni tetapi awal 1963 masyarakat Bajau Laut yang datang dari negara jiran Filipina membina rumah dan menetap di pulau itu.
 
Kemudian ada rakyat tempatan yang berkahwin dengan  penghuni di pulau dan terus menetap di situ.
 
Ketua Kampung Pulau Berhala  Junior Jikirin, memberitahu Bernama, terdapat 460 rumah di pulau itu dengan jumlah penduduk kira-kira 2,000 orang yang kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan.
 
Katanya ada kalangan penduduk di pulau itu pemegang Mykad dan berkahwin dengan pemegang kad pelarian IMM13 yang diberikan kepada warga asing di negara ini. 
 
Menurutnya ini menyebabkan ramai kanak-kanak di pulau itu tiada dokumen pengenalan diri apabila dilahirkan dan apabila besar tidak boleh pergi ke sekolah.
 
Beliau berkata kampung itu tiada bekalan asas air dan eletrik dengan bekalan air bergantung dari telaga yang digali, manakala bekalan eletrik hanya pada rumah tertentu yang memiliki generator kecil milik sendiri.
 
"Biasanya ia dipasang pada jam 6 petang dan akan padam  apabila“abis minyak” menjelang jam 12 malam," katanya.
 
Kampung ini terletakkannya sebuah Kem Tentera mempunyai kemudahan sebuah masjid serta sebuah jeti. 
 
Tiada sekolah di pulau itu dan anak-anak yang ada dokumen pengenalan diri bersekolah di kawasan berhampiran Bandar Sandakan.

 Setiap pagi hari persekolahan anak-anak di kampung ini keluar rumah jam 4.30 pagi untuk menunggu bot penambang dari pulau itu ke jeti Pasar Umum Sandakan.
 
Terdapat juga dua bot penambang untuk  menghantar ke Sekolah Kebangsaan Sri Tanjong Papat 1 dan Sekolah Kebangsan Sri Tanjong Papat 2 (nama asalnya SRK Berhala Darat).
 
Dalam pada itu, rata-rata penduduk di pulau itu bekerja sebagai nelayan untuk menyara keluarga mereka dan dijadikan sumber makanan harian.
 
Salah seorang daripada meraka adalah Al Adha Robil, 36, penduduk tempatan dan berkahwin dengan warga Filipina berstatus kad pelarian IMM13.
 
Ada juga yang berjualan kecil-kecilan di pulau itu untuk menjana pendapatan, antaranya warga emas, Dali Amzah, 60 yang berniaga seperti gula-gula dan snek ringan untuk kanak-kanak dan makanan dalam tin.
 
Johina Eming, 23, berniaga sayur-sayuran dibawah rumah ibu mertuanya dengan harga RM1 hingga RM3 untuk membantu menjana pendapatan keluarganya dengan suaminya bekerja sebagai nelayan.
 
--BERNAMA--

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel