Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nama tiga jalan di Pulau Pinang ditukar


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





GEORGE TOWN, 9 Mei (Bernama) -- Tiga buah jalan di sini telah ditukarkan namanya sejak bulan lepas berikutan permintaan dari orang ramai, kata Pengerusi Jawatankuasa Negeri Nama Geografi Pulau Pinang, Zairil Khir Johari hari ini.

Katanya jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Muntri yang ditukarkan menjadi Lebuh Muntri, Jalan Lorong Kucing kepada Lorong Kuching dan jalan di Lorong Lembah Permai 9 kepada Lebuh Lembah Permai 1.

“Terdapat tiga buah rumah di Lorong Lembah Permai 9 perlu membuat proses pertukaran alamat dan ini berpunca daripada beberapa sebab yang praktikal dan menimbulkan banyak kesulitan bagi penduduk kawasan itu,” katanya dalam sidang media di sini.

Menurutnya beberapa lagi permohonan untuk menukar nama jalan di sekitar Pulau Pinang turut diterima, seperti Jalan Cheong Fatt Tze diubah semula kepada Hongkong Street dan Jalan Abu Siti supaya ejaan asalnya, Aboo Sittee, dikembalikan.

Beliau turut menjangka awal tahun depan, nama-nama bandar di Pulau Pinang akan diseragamkan ejaannya mengikut nama asal yang telah digazetkan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel