Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Melaka semak polisi, syarat pengiklanan bagi elak salah guna bahasa


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





MELAKA, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menyemak semula polisi dan syarat pengiklanan di papan iklan di negeri itu termasuk daripada aspek penggunaan bahasa dan singkatan perkataan, kata Ketua Menterinya Adly Zahari.

Beliau berkata ia bagi memastikan setiap iklan yang dipaparkan di papan iklan mudah difahami serta mempunyai maksud yang jelas agar ia tidak menjejaskan kedudukan bahasa yang digunakan.

"Kalau kita lihat sebenarnya dalam arus moden ini pelbagai syarikat mempunyai cara tersendiri mempromosikan produk mereka dengan cara yang agak kreatif untuk menarik golongan sasar mereka.

"Sebagai contoh, singkatan perkataan antara model pengiklanan moden yang hanya difahami hanya generasi muda dan bukannya masyarakat secara keseluruhan," katanya pada sidang akhbar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita tentang isu penggunaan perkataan 'KTHXBYE' pada papan iklan sebuah syarikat pengeluar makanan ringan di negeri itu yang dipaparkan di salah satu simpang laluan utama di sini.

Mengulas lanjut, Adly berkata penggunaan bahasa atau perkataan yang betul jelas penting kerana ia akan memberi kesan kepada imej Melaka sebagai negeri pelancongan.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 2,226 peniaga gerai makanan di bawah empat PBT di negeri itu akan mendapat potongan 50 peratus daripada sewa yang perlu dibayar pada bulan Mei ini.

"Langkah ini dibuat bagi meringankan bebanan penguasaha gerai yang tidak menjalankan perniagaan di waktu siang sepanjang bulan Ramadan. Ia juga termasuk untuk peniaga bukan Islam," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel