Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Macau Scam: Pekebun rugi RM72,000


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





KUANTAN, 9 Mei (Bernama) -- Seorang pekebun kerugian RM72,000 selepas diperdaya oleh sindiket Macau Scam kononnya dia terlibat dalam kegiatan dadah. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 60 tahun mendakwa menerima panggilan daripada seorang wanita pada 24 April lepas. 

"Wanita itu mendakwa dirinya adalah pegawai polis dari Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang yang ingin memeriksa jika mangsa mengenali lelaki bernama Wong. 

"Mangsa menafikan perkara itu, namun terus diberitahu namanya berkait dalam jenayah dadah dan penggubahan wang haram," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir berkata wanita itu mengarahkan mangsa untuk memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan, atas alasan sebagai pemeriksaan untuk membuktikan mangsa tidak terlibat. 

Mangsa yang menuruti arahan itu, akhirnya menyedari dia ditipu selepas gagal menghubungi suspek, menyebabkannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, semalam. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksium 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel