Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah yakin pendekatan diambil kerajaan persekutuan kukuhkan ekonomi negara - Mohd Shafie


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





SANDAKAN, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah yakin dengan pendekatan diambil kerajaan persekutuan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengukuhkan ekonomi dan meningkatkan hasil negara.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri sedar bahawa pendekatan itu tidak dapat direalisasikan dalam masa singkat dan mengambil masa sedikit.

"Saya sedar dan tahu kerajaan persekutuan sudah setahun mengambil alih pentadbiran negara tetapi kita faham keadaan ekonomi dunia dan dalam negara banyak masalah perlu diatasi.

"Saya yakin bahawa kerajaan persekutuan ada mempunyai pendekatan khusus untuk mengambil langkah pengukuhan ekonomi dan hasil negara dapat ditingkatkan. 

"Cuma tidak direalisasikan dalam masa pendek dan mengambil masa sedikit. Saya yakin selepas itu ekonomi kembali berkembang," katanya kepada pemberita semasa program tinjauan mesra di Pasar Kim Fung Batu 4 di sini, hari ini.

Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata kerajaan negeri terbuka dan mudah menyuarakan tanpa ada sekatan kepada kerajaan persekutuan termasuklah membabitkan tuntutan hak rakyat Sabah.

Katanya Perdana Menteri sendiri memberikan komitmen dalam perkara ini termasuk menjadi pengerusi jawatankuasa bagi mendengar sendiri apa rintihan rakyat dan cuba mengatasinya.

"Ini kelainan dan ada jawatankuasa tertentu dan dia ( Dr Mahathir) memberi tempoh untuk diatasi. Dari sudut itu, kita dapat melihat bahawa dari segi keadaan keterbukaan kerajaan persekutuan ingin menyelesaikan," katanya.

Di samping itu, beliau berkata media sosial juga tiada sekatan bagi mereka yang ingin melontar pandangan.

"Kalau dulu (kerajaan sebelum ini) muka kita pun tidak keluar sama ada di surat khabar, media sosial dan televisyen.

"Hari ini semua pihak media ada kebebasan. Ini yang kita inginkan kebebasan untuk meluahkan apa sebenarnya citarasa masyarakat di negara kita," kata Mod Shafie.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel