Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lapan penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran dua rumah di Miri


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





MIRI, 9 Mei (Bernama) -- Lapan penghuni termasuk seorang kanak-kanak perempuan dari dua buah keluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang melibatkan dua buah rumah dua tingkat di Jalan Krokop 7 awal pagi ini.                  

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri dengan berlari keluar dari rumah dan menurut saksi, api marak di ruang tamu salah sebuah rumah yang terbakar tersebut.

"Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan," katanya.

Beliau berkata bomba menerima panggilan pada 2 pagi dan tiba di lokasi kejadian 2.10 pagi manakala operasi ditamatkan pada 4.48 pagi.

Menurutnya, selain rumah turut musnah dalam kebakaran tersebut ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan kereta Proton Saga.

Katanya, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel