Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kemudi lancar ‘Kita Kongsi’ bantu golongan asnaf di Kelantan


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





KOTA BHARU, 9 Mei (Bernama) -- Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) dengan kerjasama hotel Royal Guest House (RGH) serta Kelate Creative TV (KCTV) akan turun padang membantu golongan asnaf di negeri ini menerusi program ‘Kita Kongsi’ sepanjang Ramadan ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif RGH Raja Rusmin Raja Mahmud berkata, program itu menyasarkan seramai 70 orang asnaf yang dikenal pasti melalui maklumat daripada anggota kerjasama (rakan media dan KCTV).

“Kita akan mengadakan lawatan dua atau tiga kali dalam seminggu dan dalam setiap lawatan, tiga hingga empat keluarga akan diberikan sumbangan wang tunai serta juadah berbuka puasa yang disediakan oleh pihak hotel ,” katanya pada sidang media Program CSR ‘Kita Kongsi’ dan prebiu Semi Buffet Ramadan di RGH di sini, malam tadi. 

Hadir sama, Presiden Kemudi Azran Fitri Ab Rahim, Timbalan Presiden Kemudi Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi dan Pengarah Operasi KCTV, Norazwatul Akmal Kasmuri.

Raja Rusmin berkata, bermula hari ini pihaknya akan mengunjungi beberapa keluarga yang dikenal pasti untuk melihat keadaan hidup mereka bagi menentukan bentuk bantuan lain pada masa akan datang. 

“Kali ini merupakan tahun kedua anjuran bersama Kemudi, dan kita akan menggunakan tenaga dan pengaruh warga media Kelantan bagi melaporkan isu kemanusiaan keluarga yang dilawati serta untuk diuar-uarkan kepada umum bagi memohon sumbangan yang diperlukan selain berkongsi rezeki dengan keluarga miskin, katanya. 

Sementara itu, dalam perkembangan lain Raja Rusmin berkata bagi mengelakkan pembaziran makanan terutama di bulan puasa, pihaknya mengambil inisiatif dengan hanya menawarkan konsep Semi Buffet Ramadan di RGH. 

“Menerusi konsep ini, RGH akan menghidangkan secara set lima jenis makanan utama dan hanya makanan sampingan akan dihidangkan secara bufet bagi mengelakkan pembaziran makanan terutama apabila menu utama di hidang secara buffet. 

“Bagi menampilkan kelainan juadah berbuka puasa kali ini, pihak kami menawarkan menu istimewa ‘Telur Buncit’  iaitu telur dadar goreng yang diolah menggunakan ikan masin dan kulat yang akan menjadi pembuka selera pengunjung,” katanya. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel