Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

DAP mampu pertahankan kerusi Parlimen Sandakan - Ewon, Naib Presiden UPKO


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





SANDAKAN, 9 Mei (Bernama) -- DAP diyakini mampu mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ?pada 11 Mei? ini.

Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata keyakinan itu berdasarkan kepada sokongan padu yang diberikan oleh masyarakat pelbagai kaum di sini termasuk Cina dan masyarakat Kadazandusun, Sungai serta etnik lain.

“Selepas beberapa hari berada di Sandakan untuk membuat tinjauan dan perkongsian maklumat dengan rakan-rakan di sini, saya amat yakin sokongan masyarakat Sandakan berpihak kepada calon DAP Vivian Wong Shir Yee pada PRK Parlimen Sandakan ?11 Mei? ini.

“Sehubungan itu, saya menggesa, menyeru, meminta dan merayu kepada semua pengundi di Sandakan khususnya pengundi bumiputera dalam kalangan Kadazandusun, Sungai dan suku-suku etnik anak negeri lain supaya memberikan sokongan kepada Vivian Wong,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perdana sempena PRK Sandakan di sini, malam tadi..

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata Viivian Wong mampu untuk meneruskan perjuangan wakil rakyat sebelum ini iaitu mendiang bapanya Datuk Stephen Wong Tien Fatt khususnya dalam menunaikan janji mendiang.

Beliau berkata ketika menjadi Anggota Parlimen dan menganggotai jemaah kabinet negeri Sabah sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, mendiang banyak menyuarakan keperluan pembangunan dan permasalahan di kawasan Sandakan.

“Walaupun dari segi usia, Vivian Wong adalah yang paling muda antara calon yang bertanding namun bagi saya usia muda tidak semestinya kita tidak boleh bekerja, sebaliknya cabaran itu akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan memberikan perkhidmatan terbaik,” kata Ewon.

Pada PRK Sandakan ini, Vivian Wong ditentang calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Linda Tsen Thau Lin dan tiga calon Bebas iaitu Hamzah Abdullah, Chia Siew Yung dan Sulaiman Abdul Samat.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel