Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mesyuarat kabinet negeri pertama kali di Sandakan


Tarikh kemaskini: 08/05/2019





SANDAKAN, 8 Mei (Bernama) -- Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah yang diadakan di sini hari ini adalah yang pertama kali diadakan di luar Kota Kinabalu sejak penubuhan kerajaan baharu negeri Sabah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempengerusikan mesyuarat Kabinet itu yang dihadiri oleh jemaah menteri negeri yang diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah di Batu 6 Jalan Labuk.

Mesyuarat Kabinet negeri kebiasaannya diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Mohd Shafie tiba pada 11 pagi selepas mengadakan tinjauan mesra di Pasar Umum Sandakan bersama calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel