Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bil Elektrik Tinggi: Lebihan caj dikredit semula - TNB


Tarikh kemaskini: 08/05/2019





MELAKA, 8 Mei (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengkredit semula lebihan caj pengguna meter pintar di negeri ini ke dalam bil elektrik pengguna tersebut sekiranya semakan mendapati berlaku lebihan caj.

Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Negeri Melaka Ahmad Rezahan Mohammad berkata pihaknya akan membuat semakan segera terhadap aduan yang diterima.

"TNB ambil maklum berkaitan isu bil tinggi dan aduan lain yang dihadapi segelintir pengguna meter pintar TNB di beberapa tempat di Melaka seperti mana yang telah dilaporkan melalui posting media sosial.

"Tiada pemotongan bekalan elektrik dibuat sementara aduan pengguna diperincikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isnin lepas, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dilaporkan berkata Kerajaan negeri memandang serius dakwaan kenaikan kadar bil elektrik tinggi ekoran penggunaan meter pintar TNB dan meminta agar syarikat itu memandang serius setiap aduan dan tidak melihatnya secara umum.

Ahmad Rezahan berkata pengguna meter pintar yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi TNB di talian khidmat pelanggannya di 1300-88-5454 atau mengunjungi pejabat TNB berdekatan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel