Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MKN Sabah hantar balik 192 PATI warganegara Filipina


Tarikh kemaskini: 07/05/2019





SANDAKAN, 7 Mei (Bernama) -- Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sabah terus melaksanakan proses penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara asal dan hari ini membabitkan 192 tahanan warganegara Filipina melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga Filipina.

Pengarahnya Sh. Sitti Saleha Habib Yussof berkata daripada  jumlah tersebut 156 adalah lelaki dewasa, 29 perempuan dewasa dan  tujuh  kanak-kanak.

PATI yang dihantar balik itu berumur di antara setahun hingga 70 tahun, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya pada Khamis ini, MKN Negeri Sabah akan menghantar pulang seramai 106 tahanan warganegara Indonesia melalui Pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia.

Beliau berkata proses penghantaran balik PATI ke negara asal mereka adalah merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani masalah kemasukan PATI ke negeri ini.

Katanya selain melaksanakan pengusiran PATI, kerajaan juga telah mengambil tindakan yang proaktif di dalam usaha mengesan dan menangkap PATI.

Ini dilakukan menerusi pelbagai operasi bersepadu yang dikelolakan oleh MKN, Jabatan Imigresen, Polis, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sh. Sitti Saleha berkata jumlah PATI diusir dan termasuk yang pulang secara sukarela sejak 1990 hingga hari ini telah mencecah seramai 582,139 orang.

Jumlah PATI yang telah diusir pada tahun lepas adalah seramai 13,479 orang, manakala pengusiran PATI ke negara asal yang dikendalikan oleh MKN Negeri Sabah sejak Januari hingga hari ini adalah seramai 4,638 orang, katanya.

 Beliau berkata ini termasuk 90 PATI yang diusir melalui lapangan terbang ke negara asal oleh Jabatan Imigresen.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel