Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Unit integriti dan Ombudsman Sarawak terima 31 aduan awam


Tarikh kemaskini: 07/05/2019





KUCHING, 7 Mei (Bernama) -- Unit Integriti dan Ombudsman (UNION) Sarawak telah menerima sebanyak 31 aduan awam berkaitan perkhidmatan agensi dan jabatan kerajaan negeri bagi tempoh Januari hingga 3 Mei lepas.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Talib Zulpilip berkata daripada 31 aduan tersebut, 25 aduan telah diselesaikan manakala enam lagi aduan masih dalam penelitian dan semakan.

“UNION juga mengambil inisiatif secara proaktif untuk membuat siasatan berdasarkan pemerhatian, selain meneliti hasil Ketua Audit Negara dan Laporan Audit dalam Jabatan Ketua Menteri untuk tindakan seterusnya. 

“Melalui Ombudsman, kerajaan negeri membuka ruang seluas-luasnya untuk masyarakat umum memberi pandangan tentang mutu penyampaian perkhidmatan awam negeri,” katanya semasa berucap pada sesi penggulangan di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Dalam perkembangan yang lain, katanya, kerajaan negeri Sarawak akan membuka dua lagi pusat Khidmat Sarawak (Service Sarawak) masing-masing di Sibu dan Miri, tahun ini.

“Khidmat Sarawak ini merupakan pusat sehenti bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan agensi kerajaan negeri untuk pertanyaan dan pembayaran bil,” katanya.

Pusat Khidmat Sarawak yang pertama dibuka di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching pada Oktober 2018 untuk menyediakan perkhidmatan transaksi digital yang selaras dengan inisiatif kerajaan negeri menuju ke arah pembangunan ekonomi digital.

Setakat 30 April tahun ini, Pusat Khidmat Sarawak,Kuching telah mencatatkan sebanyak 215,754 transaksi, dengan kutipan sebanyak RM131.79 juta.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel