Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelajar kempunan iPhone 7 plus


Tarikh kemaskini: 06/05/2019





KUANTAN, 6 Mei (Bernama) -- Tertarik dengan tawaran telefon pintar iPhone 7 plus yang murah dalam laman sosial menyebabkan seorang remaja perempuan kerugian lebih RM5,000. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata, mangsa yang berusia 18 tahun dan masih belajar mendakwa telefon pintar itu diiklankan di Facebook pada 1 April lepas. 

"Mangsa mendakwa harga telefon pintar itu ialah RM780, namun dia terus diminta membuat bayaran secara berterusan sehingga jumlahnya mencecah RM5,780," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir berkata mangsa yang menetap di Jengka, Maran dekat sini juga diberikan pelbagai alasan apabila bertanya dan sehingga semalam, masih belum menerima telefon pintar itu. 

Sehubungan itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel