Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jenazah dua beranak maut di Raub selamat dikebumi di Tumpat


Tarikh kemaskini: 05/05/2019





TUMPAT, 5 Mei (Bernama) -- Jenazah dua beranak, Hasliza Arini Muhamad @ Hamid, 34, dan Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril, 2, yang maut dalam kemalangan yang membabitkan dua buah kereta berhampiran simpang Sungai Ruan, Raub pagi semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelaboran, di sini, awal pagi tadi.

Jenazah dua beranak itu tiba di kampung halaman mereka pada pukul 2.05 pagi dengan ambulan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Raub, Pahang.

Sejurus tiba, kedua-dua jenazah diusung untuk disembahyangkan di surau berhampiran tanah perkuburan sebelum dikebumikan di dalam satu liang lahad pada pukul 2.50 pagi.

Turut hadir ibu mangsa, Sapinah Hussin, 67, yang tidak dapat menahan sedih terpaksa dipapah oleh anggota keluarga ketika melihat keranda yang membawa jenazah anak dan cucunya itu diusung.

Dalam tragedi kira-kira jam 2.45 pagi semalam, suami Hasliza Arini iaitu Mohd Syaril Sulaiman, 44, serta dua lagi anak mereka, Khaliesah Khairina Mohd Syaril, 7, dan Dhia Afriena Mohd Syaril, 5, cedera parah dan  kini masih menerima rawatan di Hospital Lipis.

Tragedi di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Simpang Sungai Ruan, di Raub, Pahang, yang membabitkan kereta Perodua Myvi dan Perodua Kancil itu turut mengorbankan tiga lagi mangsa sekeluarga iaitu Nasrul Fakhri Mansor, 38, dari Klang, isteri dan bayi perempuan mereka berumur setahun.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel