Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan PH tak pinggir Islam - Saifuddin


Tarikh kemaskini: 04/05/2019





KUANTAN, 4 Mei (Bernama) -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah meminggirkan Islam, sebaliknya melaksanakan pelbagai agenda yang mendaulatkan agama rasmi negara. 

Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah berkata antara contoh yang boleh dilihat ialah usaha kerajaan memulihkan semula institusi Islam terbesar negara, Tabung Haji.

"PH juga memperkenalkan gagasan rahmatan lil alamin iaitu rahmat kepada semua serta prinsip maqasid syariah yang meletakkan objektif syariah di tempat yang lebih tinggi. 

"Kerajaan juga memberi perhatian kepada institusi tahfiz seperti pemberian bantuan kewangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Apresiasi Kecemerlangan Akademik dan Pelancaran Program Sinar Kasih peringkat Parlimen Indera Mahkota di sini, hari ini.

Saifuddin yang juga Menteri Luar berkata demikian semasa diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenainya, termasuk Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang menganjurkan Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam di ibu negara hari ini.

Beliau bagaimanapun menyifatkan penganjur perhimpunan itu berhak untuk berhimpun memandangkan ia adalah sebahagian daripada hak kebebasan bersuara.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad semasa mengulas perhimpunan berkenaan berkata tanggapan bahawa Islam diancam pada pada masa ini ialah satu persepsi yang sengaja diada-adakan. 

“Kerajaan Pakatan Harapan menyelamatkan Melayu  dan Islam dengan memastikan pentadbiran negara bersih dari salah guna kuasa dan rasuah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran Festival Ramadan Putrayaja 2019 di Presint 3, Putrajaya.

-- BERNAMA 

 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel