Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Enam syarikat bantu lepasan ILKBS dapat pekerjaan


Tarikh kemaskini: 04/05/2019





BACHOK, 4 Mei (Bernama) -- Enam syarikat bersetuju untuk membantu lepasan Institut Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)  Zon Timur untuk mendapat pekerjaan selepas tamat belajar di syarikat berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Dr Azmi Ahmad berkata tawaran diberikan selepas keenam-enam syarikat yang berasaskan teknikal dan utiliti itu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan institusi berkenaan hari ini.

“Ini merupakan satu langkah bagi meningkatkan kualiti pelajar untuk memenuhi kehendak pihak industri sebelum pelajar memasuki alam pekerjaan yang sebenarnya,” kataya ketika berucap merasmikan Program Career Fest ILKBS Zon Timur di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok di sini, hari ini.

Enam pusat latihan yang mengambil bahagian program kerjaya hari ini adalah IKTBN Bachok dan Temerloh, selain Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah, Wakaf Tapai, Kemasik dan Pekan.

Keenam-enam pengarah pusat latihan dan enam pihak industri mewakili syarikat masing-masing menandatangani MOU berkenaan sambil disaksikan oleh Azmi.

Mengulas lanjut Azmi berkata seramai lima hingga 10 pelajar akan diambil bekerja dengan setiap syarikat berkenaan selepas mereka menamatkan pengajian.

Beliau berkata, adalah penting untuk institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bergerak seiring dengan pasaran semasa dalam melengkapkan pelajar dengan ilmu kemahiran yang selari dengan pihak industri.

“MoU berkenaan juga akan memudahkan pihak industri memilih calon yang sesuai untuk diterima bekerja di syarikat mereka mengikut bidang kepakaran yang diperlukan mereka.

“Ini penting  untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang berkualiti bagi mencapai sasaran 30 peratus keperluan tenaga mahir negara menjelang 2020,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel