Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mazlan bayangkan akan ada rombakan kecil kepimpinan Bersatu Johor


Tarikh kemaskini: 04/05/2019





JOHOR BAHRU, 4 Mei (Bernama) – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang baharu dilantik, Mazlan Bujang membayangkan akan melakukan rombakan kecil barisan kepimpinan parti itu selepas beliau mengambil alih jawatan terbabit berkuatkuasa 25 Mei depan.

Mazlan berkata rombakan kecil itu ekoran terdapat kekosongan jawatan Bendahari yang ditinggalkan beliau selepas ini.

“Ada sedikitlah (rombakan) sebab kebetulan ada kekosongan, saya bendahari sebelum ini…sekarang sudah dilantik jadi pengerusi, jadi ada kekosongan…ada minor rombakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Desa Sejahtera Muafakat Bersama Azman Hashim International Business School (AHIBS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Mazlan yang juga Ketua Bahagian Bersatu Tebrau berkata tiada perubahan drastik akan berlaku dalam kepimpinan parti itu di negeri ini kerana jawatan Timbalan Pengerusi dipilih presiden parti manakala yang boleh diubah adalah jawatan Setiausaha dan Bendahari.

Beliau berkata soal jawatan Setiausaha dan Bendahari itu juga akan dilakukan menerusi perbincangan mesyuarat Bersatu negeri sekali gus demi menjaga keharmonian parti berkenaan.

“Saya akan bincang dalam mesyuarat, biar saya dapat majoritilah, keharmonian kena jaga dalam parti dan bila kita dilantik, sebagai orang atas… kita jangan syok sendiri, bila kita nak ikut cakap kita je, akhirnya nanti ia akan melemahkan parti kita,” katanya.

Ditanya pemberita mengenai pesanan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelantikan sebagai pengerusi, Mazlan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa berkata Dr Mahathir hanya mengucapkan tahniah dan menasihati supaya melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh.

-- BERNAMA  

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel