Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat hampir reput ditemui dalam semak


Tarikh kemaskini: 04/05/2019





BESUT, 4 Mei (Bernama) -- Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terlentang dan hampir reput di dalam semak di Kampung Benting Lintang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira 100 meter dari belakang sebuah rumah di kampung berkenaan pada pukul 9.25 pagi.

Beliau berkata mayat Ahmad Ermi Mohammad, 35, telah dikenalpasti oleh anggota keluarganya, yang memaklumkan bahawa Allahyarham yang masih bujang itu sering mengadu sakit dada serta demam, dan tidak pulang ke rumah sejak 26 April lepas.

“Menurut adik lelakinya, Allahyarham telah keluar dari rumah pada 26 April lalu dan tidak pulang ke rumah sehingga mayatnya dijumpai hari ini. Keluarganya sebelum ini ada mencarinya namun tidak ditemui,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kes diklasifikasi sebagai kes mati mengejut, dan mayat telah dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel