Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Letak kenderaan luar petak disediakan, 45 disaman


Tarikh kemaskini: 04/05/2019





JOHOR BAHRU, 4 Mei (Bernama) -- Polis mengeluarkan 45 saman terhadap pemilik yang meletakkan kenderaan mereka di luar petak yang disediakan dalam Ops Halangan di Pekan Bukit Batu dan Jalan Kenanga, Indahpura, dalam daerah Kulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah itu bermula dari pukul 8.00 pagi, dan berakhir pada pukul 2.00 petang.

Beliau berkata di Pekan Bukit Batu, lapan lori disaman kerana sengaja meletakkan kenderaan di luar petak letak kenderaan, dengan alasan berhenti rehat untuk sementara sahaja.

“Di Jalan Kenanga Indahpura pula 37 saman dikeluarkan, melibatkan 29 kereta, lima kenderaan pelbagai guna (MPV) dan tiga kereta pacuan empat roda), dengan alasan pemandunya gagal mencari tempat letak kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dengan tidak meletakkan kenderaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menghalang lalu lintas dan pihaknya akan sentiasa menjalankan operasi dan pemantauan.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel