Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JPS Kelantan, PBT bekerjasama kuat kuasa undang-undang pencemaran sungai


Tarikh kemaskini: 04/05/2019





BACHOK, 4 Mei (Bernama) -- Jabatan  Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mengatasi pencemaran sungai dan pantai di negeri ini.

Timbalan Pengarah JPS Kelantan Marinamarican Abdullah berkata langkah itu diambil bagi menghukum pelaku yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

“Kebanyakan sungai di negeri ini berada pada tahap dua dan tiga pencemaran termasuk alur sungai terutama di persekitaran bandar Kota Bharu. 

“Kita berharap pengusaha industri dan masyarakat di negeri ini boleh melakukan sesuatu bagi menjaga dan mengindahkan persekitaran pantai dan sungai bagi mempromosikan aktiviti untuk pelancongan dan rekreasi sekali gus menarik pelancong datang ke negeri ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Sayangilah Pantai dan Sungai Kita di Pantai Irama Bachok di sini, hari ini. 

Marinamarican berkata bahan buangan industri dan sisa domestik yang masuk ke dalam sungai dan pantai boleh menyebabkan pencemaran sekali gus menyebabkan sumber sungai berkenaan tidak boleh diguna untuk manfaat bersama.

“Sehingga kini banyak inisiatif telah diambil bagi memantau pengawalan sisa-sisa industri memasuki pantai dan sungai termasuk mengadakan pelbagai kempen namun masih tidak mampu untuk meningkatkan rasa tanggungjawab masyarakat bagi menjaga kebersihan tempat tarikan pengunjung ini,” katanya. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel