Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Buruh binaan maut, dua lagi cedera dalam kemalangan di Tanjung Kupang


Tarikh kemaskini: 03/05/2019





JOHOR BAHRU, 3 Mei (Bernama) -- Seorang buruh binaan maut manakala dua lagi warga tempatan cedera selepas lori yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Tanjung Kupang, dekat Iskandar Puteri, hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata mangsa yang maut dipercayai warga asing tetapi masih belum dikenal pasti identitinya.

"Hasil siasatan awal kami mendapati kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.05 petang itu berpunca apabila lori muatan air yang dipandu mangsa sedang menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas hilang kawalan semasa melalui susur selekoh.

"Ia menyebabkan lori yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di bahu kanan jalan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata akibat daripada kemalangan itu, kesemua tiga mangsa tersepit namun berjaya dikeluarkan oleh pihak Bomba. 

Dzulkhairi berkata mangsa yang cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans manakala dua lagi yang cedera dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor untuk mendapatkan rawatan.

Punca kemalangan masih dalam siasatan, katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel