Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Keluarga mangsa lemas terima bantuan dari NGO


Tarikh kemaskini: 03/05/2019





BATU PAHAT, 3 Mei (Bernama) -- Muhamad Daniel Azrai Ami, yang ditemui dalam lemas ketika bercuti bersama keluarga Disember lepas, kini hanya mampu terbaring dengan segala urusan harian diuruskan isterinya, Nur Afifah Ishak.

Menurut Nur Afifah, 20, kejadian lemas berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan, ketika mereka sekeluarga bercuti di kawasan peranginan berkenaan, dan semenjak kejadian terbabit, Muhamad Daniel tidak mampu bergerak, dan bercakap secara normal, selain hanya menghabiskan masanya di atas katil.

“Pelbagai jenis usaha telah saya lakukan dari perubatan moden sehinggalah tradisional, namun keadaannya masih sama.

“Buat masa ini, saya hanya bergantung kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, selain menunggu bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang dijangka bermula bulan ini (Mei),” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Petani, Jalan Minyak Beku, di sini, hari ini.

Menurut Nur Afifah, dia yang terpaksa berhenti kerja kerana mahu menjaga suami serta anaknya, Puteri Ara Delisha, 10 bulan, tidak mempunyai pendapatan lain dan kini terpaksa menggunakan wang simpanannya.

Katanya, dia perlu membelanjakan kira-kira RM1,800 setiap bulan untuk membeli susu khas, lampin pakai buang dan ubatan suaminya, yang mana kini turut mengharapkan bantuan kewangan daripada saudara maranya.

Dalam pada itu, kesusahan yang dialami Nur Afifah ini telah mendapat perhatian daripada dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Skuad Muafakat 4All dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Jati (PKAAJ) Batu Pahat@Dayak Batu Pahat.

Menurut Pengasas Skuad Muafakat 4All, Wahyu Hidayat Jaapar, pihaknya telah menyumbang barangan keperluan harian, kerusi roda dan sumbangan wang tunai, sementara PKAAJ Batu Pahat turut menyumbang wang untuk kegunaan membeli ubat-ubatan.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh berhubung dengan Nur Afifah di talian 01129570801 atau memberikan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), 0111741000235001.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel