Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mahkamah Keningau selesaikan 68 permohonan sijil lahir daftar lewat


Tarikh kemaskini: 03/05/2019





KENINGAU, 3 Mei (Bernama) -- Mahkamah Keningau hari ini menyelesaikan sebanyak 68 sijil lahir daftar lewat dalam kalangan penduduk tempatan yang gagal mendaftarkan kelahiran kanak-kanak melepasi 42 hari, sempena penganjuran Hari Terbuka Mahkamah Keningau, di sini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Keningau Restah Hilda Lepos berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 70 permohonan diterima pada program itu, yang mana, dua lagi permohonan ditolak atas sebab dokumen tidak lengkap selepas proses pendengaran dilakukan.

"Saya melihat program pada hari ini berjaya membantu menyelesaikan kemelut penduduk tempatan yang menghadapi masalah sijil kelahiran daftar lewat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Mahkamah Negeri Sabah Egusra Ali.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Sesyen Keningau Marlina Ibrahim berkata program berkonsepkan santai bersama pelanggan itu julung kali diadakan dan pihaknya bercadang menjadikannya sebagai acara tahunan dengan melakukan beberapa penambahbaikan.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel