Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perkeso serah bayaran faedah kepada keluarga allahyarham Adnan Jahaya


Tarikh kemaskini: 03/05/2019




KANGAR, 3 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Perlis hari ini menyerahkan bayaran faedah pengurusan mayat kepada keluarga Editor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Allahyarham Adnan Jahaya di kediamannya di Taman Bukit Kayangan di sini.

Anggota Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Noor Azam Karap menyerahkan bayaran tersebut kepada Hasnah Hashim, 56, balu Allahyarham Adnan. 

Pengarah Perkeso Perlis, Basharudin Khalid berkata bayaran faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000 dijangka dikreditkan ke dalam akaun Hasnah pada Isnin depan. 

"Kita sedang dalam proses memberi pencen penakat seumur hidup kepada Hasnah yang dijangka diperoleh dalam masa terdekat bagi meringankan beban keluarga Allahyarham," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Adnan, 58, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar kira-kira 11.45 pagi Ahad lepas, setelah tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke Wad Satu HTF sehari sebelum itu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki, Ahmad Helmi, 21, yang kini menuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). 

Allahyarham menyertai Bernama sebagai wartawan sambilan pada tahun 1980-an dan dilantik sebagai wartawan pada 1 Dis 1996. Beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai Ketua Biro Bernama Perlis dan Editor Meja Foto di ibu pejabat Bernama di Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel