Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah model terbaik penyatuan masyarakat majmuk di Malaysia


Tarikh kemaskini: 03/05/2019





SEMPORNA, 3 Mei (Bernama) -- Sabah akan terus menjadi model terbaik, penyatuan masyarakat majmuk di negara ini melalui penganjuran pelbagai jenis sambutan perayaan, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong.

Katanya yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, sambutan pelbagai perayaan yang diraikan dengan semangat muhibah secara bersama oleh semua etnik masyarakat, bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, malah mengukuhkan perpaduan.

"Sabah punyai budaya berwarna-warni dan kerajaan negeri sentiasa menyokong sambutan perayaan ini, sebab kita di Sabah ini sangat istimewa, kita saling menyokong untuk hidup harmoni," katanya di perasmian Majlis Perayaan Tadau Kaamatan dan Pesta Gawai Peringkat Semporna di sini, hari ini.

Jaujan yang merupakan wakil rakyat Sulabayan itu berkata Kerajaan Negeri juga sentiasa menggalakkan usaha memartabat budaya bangsa mana-mana kaum di negeri ini, dan bersedia menubuhkan pusat kebudayaan kaum jika terdapat permintaan dan bersesuaian.

"Pusat kebudayaan kaum ini ada juga telah ditubuhkan, tetapi jika terdapat permintaan kita akan melihat keperluan itu," katanya.

Mengenai permohonan sebidang tanah untuk masyarakat Kadazan Dusun dan Iban membina perkampungan dan pusat budaya di Semporna, menurut Jaujan secara dasarnya perkara tersebut telah dipersetujui pihaknya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel