Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Manfaatkan bulan Ramadan - Raja Muda Perlis


Tarikh kemaskini: 03/05/2019




ARAU, 3 Mei (Bernama) -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan rasa kesyukuran kerana sekali lagi umat Islam bakal diberi peluang oleh Allah SWT memanfaatkan bulan yang mulia iaitu Ramadan. 

Baginda bertitah bulan Ramadan disyariatkan ibadah puasa di dalamnya jika dihayati sepenuhnya akan melahirkan peribadi mulia. 

"Hikmah Ramadan mendidik jiwa untuk patuh perintah Allah dan mengekang godaan hawa nafsu selain membentuk peribadi insan berakhlak mulia bermentaliti kelas pertama supaya mengasihi golongan yang kurang bernasib baik, fakir dan miskin serta mereka yang benar-benar memerlukan," titah baginda. 

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas meninjau dan menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis sejumlah RM10,000 kepada mangsa kebakaran di Kampung Chemumar Tengah, Simpang Empat bersempena Program Hijrah Minda MAIPs ke-12 di sini hari ini. 

Rumah mangsa, Muhammad Suhaimi Ahmad, 49, musnah dalam kebakaran itu pada pukul 10 malam Rabu lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel