Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anak mohon bantuan cari ibu hilang dari rumah


Tarikh kemaskini: 03/05/2019





KUANTAN, 3 Mei (Bernama) -- Seorang pemandu lori memohon bantuan orang ramai untuk mencari ibunya berusia 79 tahun yang hilang dari rumah sejak hampir seminggu lalu.

Pang Kar Heng, 46, dari Jaya Gading di sini, berkata, kali terakhir dia melihat ibunya, Chin Nyok Yin ialah  pada 27 April lalu semasa pulang menghantar makanan tengah hari sekitar jam 1 tengah hari.

"Saya menjangka ibu hanya keluar berjumpa rakan yang merupakan perkara biasa. Tapi selalunya ibu akan pulang sebelum jam 7 malam kerana kami akan keluar makan malam. 

"Saya juga menjumpai telefon bimbit dan kad pengenalan ibu di rumah. Kami bimbang jika ada sesuatu yang tidak elok berlaku kerana ibu perlu mengambil ubat kencing manis dan darah tinggi setiap hari," katanya pada sidang media di pusat khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang, di sini, hari ini. 

Beliau berkata laporan polis berhubung kehilangan ibunya dibuat di Balai Polis Jaya Gading pada 28 April lalu, dan sehingga kini mereka masih mencari ibunya di sekitar daerah ini. 

"Kami berharap mereka yang menjumpai ibu dapat menghantar dia ke balai polis berhampiran," katanya. 

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel