Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MBOR: Projek 'Sarawak Pride' sasar kumpul 1,000 cerita pendek perpaduan


Tarikh kemaskini: 03/05/2019




MIRI, 3 Mei (Bernama) -- Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) menyasarkan untuk mengumpul 1,000 cerita pendek yang memberi fokus kepada perpaduan di Sarawak, untuk dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR), menerusi projek ‘The Sarawak’s Pride – Most Number of Unity Short Stories Project’.

Anggota YPS Datuk Ose Murang berkata projek itu bertujuan menzahirkan kebanggaan Sarawak dengan mengumpul jumlah paling banyak cerita pendek perpaduan meliputi semua lapisan masyarakat di negeri ini menerusi sumbangan orang ramai bersempena ulang tahun ke-31 Bandaraya Kuching di samping tahun keempat Kuching diisytihar sebagai ‘Bandaraya Perpaduan’.

"YPS dan Institut Pembangunan Sarawak (SDI) memerlukan bantuan daripada pelbagai kumpulan dan pertubuhan untuk mempromosi serta memberi sokongan,” katanya pada taklimat projek kepada pelbagai Badan Pertubuhan Kerajaan (NGO) di sini hari ini.

Beliau berkata mereka yang berminat untuk mengemukakan cerita pendek perpaduan boleh berbuat demikian menerusi e-mel ke sarawakpride@gmail.com, dengan mengisi borang dalam talian di laman sesawang YPS di  www.yps.org.my , menghantar penyertaan melalui nombor WhatsApp SDI  013-671 8063 atau menghubungi penganjur di talian 082-415 484.

Taklimat itu antara lain dihadiri oleh persatuan etnik seperti Persekutuan Orang Ulu Malaysia (FORUM), dan Persatuan Orang Ulu Kebangsaan (OUNA), Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS), Gabungan Pertubuhan Cina Miri, Persatuan Cina Sarawak, Persatuan Melayu Miri, Persatuan Berawan Sarawak, kumpulan agama seperti  Masjid An-Naim Lutong dan Gereja Good Shepherd Lutong di samping Pustaka Negeri Sarawak-Miri, Curtin University Miri dan Kelab Gymkhana Miri.

-- BERNAMA


RRR RRR ROS

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel