Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PH perlu banyakkan program bertemu rakyat untuk terangkan dasar-dasarnya


Tarikh kemaskini: 03/05/2019





SIBU, 3 Mei (Bernama) -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu membanyakkan sesi bersemuka dengan orangramai bagi memperkenal dan menerangkan dasar-dasar baharu yang diketengahkannya.

Anggota parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew berkata ini kerana masih ramai yang tidak sedar dasar-dasar baharu yang dilaksanakan kerajaan menerusi pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Katanya kekurangan publisiti menjadi faktor yang menyebabkan ramai tidak sedar mengenai dasar-dasar ini, dan media tradisional tidak banyak menyumbang untuk menanganinya, sekaligus membawa kepada perasaan umum seolah-olah kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk menfaat rakyat.

“Rakyat lebih banyak bertumpu kepada media sosial, namun tidak banyak maklumat boleh diperoleh dari media ini, dan pada masa yang sama tidak semua maklumat diterbitkan dalam media tradisional. Jadi kami (PH) perlu melihat kepada perjumpaan terus dengan rakyat bagi tujuan ini,” katanya selepas merasmikan Program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat di sini hari ini.

Beliau berkata antara yang dilaksanakan oleh kerajaan PH yang masih ramai belum tahu ialah skim perlindungan kesihatan takaful percuma MySalam dan skim Peduli Kesihatan bagi kumpulan B40 (PeKa B40), dan menurutnya banyak yang perlu dilakukan bagi menyebar maklumat mengenai skim-skim ini supaya rakyat tidak terlepas daripada menerima manfaatnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel