Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PERDA4U dilancar bantu tingkatkan pendapatan golongan sasar


Tarikh kemaskini: 03/05/2019





BUTTERWORTH, 3 Mei (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) hari ini melancarkan PERDA4U, iaitu program bantuan kemiskinan bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan golongan sasar dengan harapan memastikan mereka tidak ketinggalan daripada arus kemajuan.

Pengerusinya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata program tersebut melibatkan lima komponen iaitu usahawan Mentor-Mentee, food bank, pusat pengumpulan barangan dan keperluan asas harian, latihan dan bimbingan serta saluran atau badan perantaraan.

“Kesemua komponen program ini menyasarkan golongan fakir miskin dan tegar, ibu tunggal, wanita yang tiada perlindungan termasuk warga emas, selain kelompok kumpulan belia, kanak-kanak serta masyarakat yang terlibat dengan gejala sosial," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran program itu.

Katanya pelaksanaan program tersebut turut melibatkan kerjasama beberapa agensi seperti Zakat Pulau Pinang, badan bukan kerajaan (NGO), institut pengajian tinggi awam dan swasta, aktivis masyarakat dan juga badan korporat.

"Program ini diharap dapat membantu golongan yang memerlukan untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dan kancah gejala sosial seterusnya memperbaiki taraf sosioekonomi masyarakat kawasan luar bandar di negeri Pulau Pinang," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel