Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

CEO PBAHB terima Anugerah Perdana Menteri Tokoh Mahir 2019


Tarikh kemaskini: 03/05/2019





GEORGE TOWN, 3 Mei (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) Datuk Ir Jaseni Maidinsa menerima Anugerah Perdana Menteri Tokoh Mahir 2019 (APMTM 2019).

Anugerah itu disampaikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan sambutan Hari Pekerja 2019 yang diadakan di  Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 1 Mei lepas.

PBAPP dalam kenyataan hari ini berkata anugerah itu sebagai pengiktirafan kepada sumbangan Jaseni dalam memperjuang, membangun dan mempromosikan program latihan kecekapan untuk industri bekalan air di negara ini.

Sumbangan Jaseni termasuk melancarkan Akademi Perkhidmatan Air Pulau Pinang (PWSA) pada tahun 2007 yang merupakan akademi latihan perkhidmatan bekalan air pertama di Malaysia dan mengawasi pengurusan akademi itu sehingga kini.

"PWSA juga merupakan akademi perkhidmatan bekalan air pertama yang telah diakreditasi oleh JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) untuk menjalankan latihan kompetensi SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) di Malaysia," kata kenyataan itu.

Jaseni turut membantu JPK dalam membangunkan standard kemahiran dan rangka kerja bagi program latihan SKM untuk industri bekalan air, yang graduan program itu diiktiraf Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai pekerja industri yang cekap dan mahir.

Beliau juga terlibat dalam menilai dan mengesahkan kecekapan calon SKM yang mendapatkan pensijilan di bawah program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

"PWSA merupakan penyedia latihan kepada 14 organisasi bekalan air di Malaysia, serta organisasi bekalan air yang beroperasi di Indonesia, Myanmar dan Nepal," katanya sambil menambah sejak 2010, PWSA telah menghasilkan 945 graduan SKM dan melatih 3,872 kakitangan industri bekalan air dan lepasan sekolah.

Beliau turut bekerjasama dengan SPAN dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk pembangunan kumpulan pekerja mahir dan cekap selain kerjasama dengan Institut Air Malaysia (MWI) dan Persatuan Air Malaysia (MWA) menyediakan perkhidmatan latihan yang diiktiraf di kawasan selatan dan tengah Semenanjung Malaysia.

Jaseni adalah jurutera profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), telah berkhidmat selama 34 tahun dalam perkhidmatan bekalan air Pulau Pinang. Beliau juga merupakan ahli MWA dan Institut Jurutera Malaysia (IEM).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel