Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Laporan kewangan penyelenggaraan j/raya Sarawak tidak dibentangkan sejak 12 tahun


Tarikh kemaskini: 02/05/2019





KUCHING, 2 Mei (Bernama) -- Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen hari ini mempersoalkan sebab laporan kewangan Penyata Akaun Tahunan Kumpulan Wang Penyelenggaraan Jalan Raya tidak dibentangkan dari tahun 2006 hingga 2017.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa itu menyuarakan keprihatinannya semasa membahaskan usul terima kasih atas ucapan Yang  Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan undang-undang, kerajaan negeri sepatutnya membentangkan akaun berkenaan pada persidangan DUN setiap tahun. 

“Seawal tahun 2012, Ketua Audit Negara telah membuat teguran tentang arahan ini yang tidak dipatuhi dan meskipun terdapat teguran daripada Ketua Audit Negara, pembentangan itu  masih tidak dilakukan sehingga tahun ini,” katanya.

Sementara itu, semasa sidang media di luar persidangan DUN,  Chong, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, mengulas tentang kandungan akaun berkenaan.

“Ia sepatutnya merupakan geran Persekutuan kepada kerajaan negeri bagi penyelenggaraan jalan negeri kerana setiap tahun, kerajaan Persekutuan menyediakan sejumlah peruntukan untuk digunakan bagi tahun tertentu.

“Pada 2005, terdapat pulangan pelaburan tambahan iaitu faedah deposit tetap. Seperti yang anda dapat lihat selepas 2005, mulai  2006 dan seterusnya, tiada lagi faedah," katanya, dan menambah, kerajaan negeri tidak membelanjakan sepenuhnya wang yang diperuntukkan itu.

Beliau berkata pada 2005, terdapat baki  RM13 juta kerana geran yang diberi berjumlah RM106 juta manakala jumlah yang dibelanjakan adalah RM93 juta dan bagi 2006, geran adalah  RM209 juta namun agensi negeri hanya membelanjakan RM179 juta.

“Apabila penduduk di kawasan perumahan  di negeri ini merayu kepada kerajaan negeri supaya memperbaiki jalan, alasan paling kerap diterima adalah tiada peruntukan.

“Bagaimanapun jumlah keseluruhan peruntukan setakat  2017, iaitu lebih RM625 bilion sebenarnya ada di dalam bank dan paling malang sekali, ia tidak mendapat sebarang faedah. Bayangkan bagi jumlah sebesar itu, tiga peratus adalah faedah deposit tetap, sekurang-kurangnya kita boleh mendapat  RM18 juta setahun,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel