Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAIK peruntuk RM358,600 untuk majlis berbuka puasa di masjid sepanjang ramadan


Tarikh kemaskini: 02/05/2019





BACHOK, 2 Mei (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperuntukkan lebih RM358,000 untuk majlis berbuka puasa di masjid mukim dan masjid bandar di seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan.

Pegawai Hal Ehwal Imarah Masjid MAIK Roslee Ismail berkata ia meliputi peruntukan RM600 bagi setiap 586 masjid mukim dan RM1,000 bagi tujuh masjid bandar.

“Ia tidak termasuk penganjuran solat tarawih, program qiamullail dan tadarus al-Quran yang ditanggung pihak masjid termasuk dengan sumbangan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas menutup acara ‘We Ride Together’ di Masjid Mahmudi di sini hari ini.

Hampir 60 peserta termasuk golongan belia dan bekas penagih dadah mengambil bahagian dalam acara itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel