0LYOYQ9thws Masih banyak boleh dilakukan untuk galakkan anak tempatan terbabit sektor pelancongan di Sandakan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Masih banyak boleh dilakukan untuk galakkan anak tempatan terbabit sektor pelancongan di Sandakan


Tarikh kemaskini: 02/05/2019





SANDAKAN, 2 Mei (Bernama) -- Seorang pengusaha sektor penginapan di sini merasakan masih banyak yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam usaha menggalakkan lebih ramai anak tempatan di sini khususnya dari kalangan belia, mengeksploitasi potensi industri pelancongan di Sandakan. 

Pemilik Sandakan Greenview Hotel & Backpackers, Jamal Lias, 52, berkata pendekatan pro aktif perlu dilakukan menerusi satu rangka strategi berkesan dalam usaha meningkatkan penyertaaan anak muda tempatan dalam industri pelancongan.

Katanya beliau berharap pihak yang bertanggungjawab soal pelancongan dalam negara membanyakkan lagi program-program khas berkaitan hala tuju pelancongan tempatan, di samping menyediakan latihan khusus untuk membantu anak muda Sandakan menyertai industri pelancongan secara aktif.

"Di sini, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya harus memainkan peranan membantu golongan muda untuk meringankan beban dalam mendapatkan lesen pemandu pelancong," katanya kepada Bernama di sini.

Seterusnya Jamal berkata program inap desa juga perlu diperluaskan di daerah ini, yang memerlukan kementerian serta agensi berkaitan mengadakan lebih banyak program ceramah kepada orang ramai, khususnya yang boleh menyumbang kepada usaha menarik kunjungan pelancong ke Sandakan.

Pada masa sama, menurutnya urusan pinjaman bank harus dipermudahkan bagi belia yang mahu memulakan perniagaan pelancongan dan disusuli bimbingan dalam membuat kertas kerja.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel