Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hashtag #Khabarbaik bawa berita baik kepada pelanggan Unifi Sarawak


Tarikh kemaskini: 02/05/2019





KUCHING, 2 Mei (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) komited dalam misinya untuk menghubungkan setiap rakyat Malaysia secara lancar, sekali gus mempercepatkan perjalanan negara untuk menjadi sebuah negara digital.

Pengurus Besar Telekom Malaysia Bhd (TM) Sarawak, Jafer Sadig Abdul Latiff berkata pergerakan hashtag #khabarbaik dilancarkan baru-baru ini oleh jenama Unifi itu juga akan membawa lebih banyak berita baik terutamanya kepada lebih 100,000 pelanggan Unifi di negeri ini.

Beliau berkata bersempena musim perayaan yang akan tiba, Unifi telah memperkenalkan pergerakan #khabarbaik dengan pakej hiburan, merangkumi pelan Unifi 300 megabit sesaat (Mbps)™ terkini dan pelan penjimatan kuota berganda bagi pengguna pascabayar Unifi mudah alih.

"Pergerakan ini dilaksanakan untuk membawa perubahan positif dan Unifi sentiasa mencari jalan untuk memperkasakan pelanggan menerusi gaya hidup kemudahan digital dan memperluaskan inisiatif ini ke seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas sesi "Sembang Santai #khabarbaik TM Sarawak" di sini hari ini .

Beliau berkata pelanggan Unifi Sarawak semakin bertambah setiap bulan hasil daripada kesan #khabarbaik yang dilaksanakan secara dalaman sejak awal tahun ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel