Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Pertanian Sarawak beli lebihan buah-buahan bantu petani


Tarikh kemaskini: 02/05/2019





KUCHING, 2 Mei (Bernama) -- Jabatan Pertanian Sarawak membantu petani tempatan dengan membeli lebihan buah-buahan tempatan yang masih segar sebagai satu daripada usaha membantu meningkatkan pendapatan bulanan mereka ketika musim buah-buahan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Bahagian Industri Asas Tani membeli buah-buahan itu bagi diproses bagi dijadikan makanan ringan untuk dieksport memandangkan sebelum ini lebihan buah-buahan hanya terbiar rosak.

“Kami mendapat rungutan daripada petani yang tidak memperoleh sebarang pendapatan daripada hasil tanaman yang banyak, sehubungan itu, melalui program ini, kita dapat membantu mereka,” katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Unggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata Bahagian Industri Asas Tani akan menyediakan kursus, latihan, peralatan asas dan sedikit pembiayaan permulaan.

“Bagaimanapun, apa sahaja yang dihasilkan perlu menepati keperluan standard makanan yang ditetapkan untuk pasaran eksport kerana perkara itu sangat penting dan kita tidak boleh berkompromi dengan tuntutan ini,” katanya

Unggah berharap lebih banyak pihak swasta akan menyertai usaha ini dan pihak yang berminat boleh mengadakan perbincangan dengan kementerian.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel