Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan lelaki, rampas syabu 27.39 kg bernilai RM1.5 juta di Skudai


Tarikh kemaskini: 02/05/2019





JOHOR BAHRU, 2 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki warga tempatan, dan merampas dadah disyaki syabu seberat 27.39 kilogram bernilai RM1.5 juta di sebuah rumah kedai di Taman Impian Emas, Skudai, dekat sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Bahru Utara (JBU) ACP Mohd Taib Ahmad berkata serbuan 4.30 petang itu, dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JBU selepas intipan selama tiga hari, dan menahan lelaki berusia 32 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta.

“Bangunan rumah kedai yang diserbu ini baru dan belum lagi diduduki, dan kita menemui dadah berkenaan di tingkat satu.

“Kita merampas 28 paket bungkusan yang menyerupai bungkusan teh disyaki syabu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah JBU, di sini, hari ini.

Mohd Taib berkata bungkusan teh berkenaan menyerupai bungkusan rampasan dadah sebanyak 2.06 tan di Seri Alam dua bulan lepas, yang juga rampasan terbesar dalam sejarah negara.

“Kita percaya ada kaitan kerana bungkusan sama, bagaimanapun ia masih dalam siasatan.

“Namun, rampasan di Seri Alam melibatkan sindiket manakala rampasan (kali ini) (kita percaya)  bukanlah sindiket. Kita juga sedang menyiasat semenjak bila mereka aktif mengedar dadah, untuk pasaran tempatan di sekitar Bandar Raya Johor Bahru,” katanya.

Mohd Taib berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam, di bawah Sesyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, dan kita masih siasat kemungkinan ada lagi suspek yang terlepas.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Sesyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel