Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki warga emas dilaporkan hilang, ditemui selamat


Tarikh kemaskini: 01/05/2019





KOTA KINABALU, 1 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Tukalilan, Melalap, Tenom, ditemui selamat pada jam 3.57 petang tadi.

Mangsa Amin Duaya, 88, dilaporkan hilang oleh orang awam kira-kira 2.30 petang, bahawa ada seorang lelaki dipercayai hilang disyaki tersesat ke dalam hutan berhampiran kampung itu.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.34 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba Penyelamat Tenom, bergegas ke tempat kejadian terletak kira-kira 25 kilometer.

“Setiba di tempat kejadian pasukan bomba bertindak mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu seterusnya menjalankan operasi pencarian,”

“Hasil pencarian tersebut Bomba kemudiannya menemui warga emas tersebut dalam keadaan selamat di kawasan hutan tersebut,” menurut pusat gerakan operasi itu dalam kenyataan hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 4.50 petang.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel