Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Koperasi akan digabung kepada enam sektor peneraju utama


Tarikh kemaskini: 01/05/2019





KOTA BHARU, 1 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan menggabungkan koperasi di seluruh negara ini menjadi enam sektor utama, supaya dapat membentuk entiti yang lebih kukuh demi kepentingan anggotanya.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Datuk Nordin Salleh berkata koperasi-koperasi berkenaan akan digabungkan ke dalam sektor kewangan; pemborongan dan peruncitan; industri dan asas tani;  perladangan; penjagaan diri kesihatan dan pelancongan; dan hartanah. 

“Penggabungan entiti tersebut penting bagi memastikan 14,000 koperasi di negara ini, dapat menjana pendapatan lebih tinggi, dan membawa lebih pulangan kepada anggotanya.

“Bila koperasi ini bergabung, kita lihat ada peluang mendapatkan pertambahan modal lebih besar, sekali gus dapat bersaing dengan pihak korporat,” katanya selepas merasmikan Koperasi Konsortium E-Mutiara Kelantan Berhad yang turut dihadiri Pengarah SKM Kelantan Amran Abd Kadir dan Pengerusi Eksekutif E-Mutiara Che Ibrahim Che Ismail di sini, hari ini.

Nordin berkata sebagai permulaan, pihaknya sedang giat bertemu anggota koperasi di seluruh negara menjelaskan mengenai perancangan berkenaan.

“Maklum balas mengenai cadangan penggabungan tersebut sangat baik dan memberangsangkan, malah kebanyakan anggota koperasi memahami kebaikan dan manfaat yang akan diterima mereka menerusi penggabungan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Che Ibrahim berkata setakat ini 95 daripada 270 kakitangan E-Konsortium Mutiara Berhad di seluruh Malaysia telah mendaftar sebagai anggota Koperasi itu dan mensasarkan lebih ramai kakitangan akan mendaftar.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel