Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki nekad terjun dari tingkat tiga hotel bajet untuk elak dicekup JAINJ


Tarikh kemaskini: 01/05/2019





JOHOR BAHRU, 1 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki nekad terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet bagi meloloskan diri daripada dicekup pihak berkuasa dalam Ops Banteras Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sempena Hari Pekerja, Selasa malam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah JAINJ, Halid Sono berkata lelaki itu disyaki keluar melalui tingkap tandas yang dibukanya  sendiri sebelum melarikan diri dan meninggalkan pasangannya di dalam bilik.

Beliau berkata ibu tunggal dan penjawat awam adalah antara lima pasangan kekasih rakyat tempatan berumur antara 18 dan 43 tahun yang ditahan dalam serbuan berasingan membabitkan 19 penguatkuasa bermula 10 malam hingga 12 malam di lima hotel bajet sekitar kawasan Perling dan Danga Bay, di sini.

Katanya ada pasangan yang ditahan itu  mengakui kononnya  mereka pasangan suami isteri, namun, setelah diperiksa menukar kenyataan bahawa mereka sudah bertunang.

"Kesemua mereka ditahan kerana berada di dalam satu bilik, disyaki melakukan khalwat dan mendatangkan syak bersama pasangan bukan mahram,” katanya kepada pemberita selepas Ops Banteras itu, malam tadi.

Turut menyertai operasi berkenaan, Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor Tosrin Jarvanthi.

Halid berkata, kesemua mereka ditahan tidak lebih 24 jam dan akan diikat jamin oleh waris.

"Kita juga akan merekodkan keterangan mereka sebelum diserahkan ke bahagian pendakwaan," katanya.

Kesemua pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 27(1) a dan b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana berkhalwat yang membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel