Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Menaik taraf Dewan Sri Pinang, Ketua Menteri beri rakyat tiga pilihan ubah suai


Tarikh kemaskini: 30/04/2019





GEORGE TOWN, 30 April (Bernama) -- Hampir lima dekad Dewan Sri Pinang, sebuah dewan yang sinonim di negeri ini digunakan bagi majlis penganugerahan dan pelbagai acara kebudayaan, dan ia bakal dinaiktaraf.

Sehubungan penaiktarafan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini memberi tiga pilihan kepada orang awam untuk memberi maklum balas mereka bagi penaiktarafan dan pemulihan bangunan yang turut menjadi mercu tanda di negeri ini.

"Auditorium pelbagai guna ini akan dinaiktaraf oleh George Town Conservation and Development Corporation Sdn Bhd (GTCDC) pada tahun hadapan. Terdapat tiga cadangan untuk menaiktaraf dewan ini dan kita memberikan rakyat pilihan untuk menentukan," katanya kepada pemberita pada sidang media di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Chow berkata penaiktarafan itu akan dilaksanakan selepas mendapat maklum balas daripada pihak awam.

"Piihan pertama ialah membuat pengubahsuaian secara minimum iaitu membesarkan galeri seni, perpustakaan, ruang auditorium yang fleksibel dilengkapi dengan panggung teater yang menghadap laut," katanya.

Beliau berkata pilihan kedua adalah membaikpulih lantai dan tingkat pertama supaya fungsi ruang dewan itu lebih besar, ruang auditorium yang fleksibel dengan panggung teater eksperimen, perpustakaan digital, sebuah kafe makanan dan sebuah ruang masuk yang menghubungkan Dewan Bandaraya dan dewan bersebelahannya.

"Manakala yang ketiga ialah meluaskan kawasan dewan itu dengan menggabungkan pilihan kedua termasuk bangunan di hadapan laut selain memperluas ruang seni persembahan dan ruang pejabat di tingkat tiga," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel