Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 20,000 pokok rhu ditanam di pantai seluruh Kelantan


Tarikh kemaskini: 30/04/2019





KOTA BHARU, 30 April (Bernama) -- Sebanyak 20,000 pokok rhu telah ditanam di pantai seluruh Kelantan sebagai satu kaedah paling efektif bagi memastikan keadaan pantai tidak rosak akibat hakisan yang sering berlaku terutama ketika musim tengkujuh.

Timbalan Pengarah Pembangunan Perhutanan Kelantan, Hamidi Abdul Halim berkata ia membabitkan kawasan seluas 25 hektar sekitar Tumpat, Bachok dan Kota Bharu.

“Penanaman pokok rhu ini bermula pada 2008 lagi bagi tujuan menjaga keadaan pantai dan juga sebagai satu tarikan pelancong,” katanya kepada pemberita pada Kempen Kesedaran Penanaman Pokok Rhu di Pantai Kundur di sini, hari ini.

Seramai 87 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan menyertai majlis berkenaan dengan turut menanam 700 anak pokok rhu di persisiran pantai berkenaan.

Hamidi berkata penanaman pokok rhu ia penting bagi tanah kerana akar tunjangnya yang kuat, mampu mengawal hakisan pantai, di samping boleh menjadi penampan, yang mana pokok itu akan mengurangkan kesan ribut dan angin kencang.

Selain itu katanya ia juga mampu menjadi tarikan kepada pelancong untuk datang melihat keindahan pantai melalui penanaman pokok-pokok itu seperti di Pantai Senok, Bachok.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel