Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perkukuh institusi kekeluargaan Islam - Raja Perlis


Tarikh kemaskini: 30/04/2019





KANGAR, 30 April (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah penolong pendaftar perkahwinan orang Islam Perlis perlu menjadi kumpulan yang boleh dirujuk oleh masyarakat berkaitan hal rumah tangga selain mendorong pengukuhan institusi kekeluargaan Islam.

Baginda bertitah mereka juga hendaklah memudahkan pengurusan perkahwinan dan penceraian umat Islam di Perlis mengikut prosedur bersistematik.

"Garis panduan pengurusan perkahwinan, penceraian dan ruju'  bagi orang Islam di negeri ini hendaklah dilakukan mengikut hukum syarak dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (UUKI) 2006," titah baginda pada majlis perasmian Muzakarah Penolong Pegawai Pendaftar Orang-Orang Islam Perlis 2019 di sini hari ini.

Sambil menarik perhatian bahawa perkahwinan di Perlis berlandaskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah, baginda berharap penganjuran muzakarah seperti itu mampu menjadi platform berkesan dalam pembentukan institusi kekeluargaan masyarakat Islam di Perlis.

Baginda turut berkenan mengurniakan tauliah kepada 36 penolong pendaftar perkahwinan pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel