Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Perlis tingkat kawalan keselamatan


Tarikh kemaskini: 30/04/2019





KANGAR, 30 April (Bernama) -- Polis mempertingkatkan kawalan  keselamatan serta mengawasi pintu masuk di sempadan bersama Malaysia/Thailand bagi mengelak dibolosi oleh individu yang mahu melakukan perbuatan keganasan di negeri ini.

Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd berkata serangan pengganas yang berlaku  di Sri Lanka dan New Zealand harus menjadi iktibar dan sehubungan itu beliau memberi jaminan untuk mempertingkatkan kawalan bagi mempastikan semua rumah ibadat di negeri ini selamat.

Katanya semua pegawai dan anggota telah diarahkan melaksanakan langkah perlu termasuk membuat pemantauan dan rondaan lebih kerap di kawasan yang berkemungkinan menjadi sasaran golongan pelampau.

Tindakan meningkatkan kawalan itu diambil berikutan arahan pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador supaya semua negeri bersiap siaga terhadap sebarang kemungkinan serangan seperti yang berlaku di Sri Lanka dan New Zealand.” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata keadaan keselamatan  di Perlis masih masih terkawal dan baik.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel